Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), Datuk Ho Hon Sang dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Selangor berkuat kuasa 25 Ogos yang lalu.
Mah Sing dalam satu kenyataan berkata, Hon Sang sebelum ini adalah Timbalan Pengerusi REHDA Selangor dan mempunyai pengalaman hampir empat dekad dalam industri pembangunan hartanah, serta bidang yang berkaitan termasuk kejuruteraan, perundingan dan pengurusan awam.
Hon Sang berkata, beliau menghargai kepercayaan ahli REHDA dalam melantiknya sebagai Pengerusi REHDA Selangor yang baru.
“Saya berbesar hati terpilih sebagai Pengerusi REHDA Selangor, berikutan tugas saya sebelum ini sebagai Timbalan Pengerusi REHDA Selangor.
“Memandangkan kepakaran dan minat saya dalam industri hartanah, REHDA Selangor akan bekerjasama dengan kerajaan dan pemaju untuk memperbaiki landskap industri hartanah di negara ini walaupun dalam keadaan yang mencabar,” katanya. – BERITA HARIAN