Malaysia

Janganlah Institusi Kepresidenan Dipermain Dan Diperlekehkan – Wanita UMNO Kelantan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Janganlah institusi kepresidenan dipermain dan diperlekehkan !

Itulah yang ditegaskan Wanita UMNO Kelantan yang beranggapan berilah peluang kepada presiden parti untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai peneraju utama parti sehingga pemilihan akan datang.

“Janganlah institusi kepresidenan dipermain dan diperlekehkan,” ulangi Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Rahimah Mahamad.

Kata beliau, penyakit baharu yang membarahi UMNO kini ialah desakan supaya presidennya melepaskan jawatan.

“Wanita (UMNO Kelantan)  melihat gerakan ini tidak wajar malah merupakan satu elemen kepenyalahan dalam tradisi pentadbiran dan kepemimpinan UMNO sejak berzaman.

“Presiden dipilih secara sah oleh para perwakilan dalam perhimpunan Agung dan ianya valid dalam tempoh yang telah ditetapkan,” ujar Rahimah lagi.

UMNO mempunyai ketertiban tersendiri dalam mekanisme kepemilihan demi menyantuni pertukaran pimpinan. Bukan boleh desak ikut suka hati untuk letak jawatan.

Dalam suasana negara yang serba meruncing ini Wanita UMNO Kelantan berharap semua ahli parti termasuk kepimpinan perlu bersatu dan bergerak sederap mengatur langkah perjuangan.

“Kalau belayar biarlah satu bahtera, kalau berkemudi biarlah satu nakhoda, kalau berkayuh biarlah satu hala !.

“Janganlah ada yang pegang jawatan gunakan kedudukan untuk desak presiden letak jawatan sebelum tiba masanya.

“Walau keris terselit di pinggang janganlah kawan dijadikan lawan,” tegas Rahimah. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close