GovernansMalaysia

Kerajaan Lancar AIFA, Chatbot AI Perangi Berita Palsu

Kerajaan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam memerangi berita dan maklumat palsu menerusi pelancaran Chatbot sebenarnya.my dikenali AIFA.

AIFA atau ‘Artificial Intelligence Fact-check Assistant’ diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibangunkan menerusi kerjasama rakan strategik.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Chatbot yang boleh diakses menerusi aplikasi WhatsApp dan portal Sebenarnya.my, tersedia dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

“AIFA adalah alat penting untuk memperkasakan rakyat dengan maklumat yang disahkan oleh pihak berwajib dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.
Kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nur Bahirah Lokman menunjukan Chatbot SEBENARNYA.MY didalam aplikasi whatsapp yang dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini. - Foto Bernama
Kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nur Bahirah Lokman menunjukan Chatbot SEBENARNYA.MY didalam aplikasi whatsapp yang dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini. – Foto Bernama

“Dengan kemudahan ini, MCMC menawarkan kepada rakyat cara yang mudah, pantas dan boleh dipercayai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian,” katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata,AIFA juga berperanan meningkatkan fungsi Sebenarnya.my, dengan tiga objektif utama iaitu membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah, mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian dan memperkukuh peranan portal itu dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.

AIFA direka secara mesra pengguna dan boleh diakses 24 jam menerusi portal sebenarnya.my dan aplikasi WhatsApp serta ia menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai, seterusnya menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih secara pantas kepada pengguna.

Fahmi berkata, ketika ini AIFA hanya menerima input teks, namun ia akan diperluaskan untuk format lain seperti video.

“Pelancaran ini amat penting dan bermakna dalam usaha menggalakkan rakyat menyemak segala maklumat yang belum disahkan,” katanya.

Mengenai penyebaran berita palsu, Fahmi berkata, setakat 1 Januari lalu hingga semalam, MCMC sudah memohon sebanyak 1,575 kandungan berita palsu untuk diturunkan.

Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 1,233 kandungan sudah diturunkan oleh platform berkaitan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close