GovernansMalaysiaPilihan Editor

‘Negara Selamat BerBilion Ringgit Jika Teguran Laporan Ketua Audit Dibaiki’ – Perdana Menteri

Kerajaan mampu menyelamatkan ketirisan antara RM5 hingga RM6 bilion jika segala kelemahan berpuluh tahun yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dapat ditangani dan diperbaiki pemimpin politik dan penjawat awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ketika LKAN2021 diteliti pada Mesyuarat Kabinet semalam, didapati ada antara kelemahan itu berulang kali disebut dalam LKAN.

“Kalau dapat diperbaiki kelemahan yang disebut berulang kali selama berpuluh tahun oleh Ketua Audit Negara oleh pimpinan politik dan penjawat awam, saya yakin RM5 hingga RM6 bilion ringgit boleh diselamatkan. Itu dari Laporan Audit Negara.

“Daripada kajian projek besar dan termasuk kekuatan badan penguatkuasaan, sekiranya dijalankan dengan teliti, telus dan bertanggungjawab saya yakin berbilion ringgit lagi boleh diselamatkan.

Anwar berkata, ia adalah cabaran yang dihadapi dan tidak mungkin dilaksanakan oleh Jemaah Menteri sahaja sebaliknya dengan kerjasama seluruh kekuatan yang ada.

Katanya, beliau enggan mengungkit pengalaman lalu, berikutan ada kekuatan dan sumbangan yang boleh dimanfaatkan tanpa mengira dari blok, parti, fahaman mana.

Namun, beliau berkata, semua kelemahan dulu perlu dihentikan.

“Kelemahan terbesar adalah cara mengurus, menggunakan ruang untuk mengkayakan kelompok kecil.

“Saya yakin sekiranya kita dapat urus tadbir baik (kita) dapat mendepani kemelut ekonomi mendatang dengan jauh lebih yakin,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close