Malaysia

MELAKA MEMILIH: PH Lancar Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan

Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menerusi manifestonya, Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang membentangkan manisfeso itu berkata ia mengandungi tiga teras dengan enam strategi dan 32 inisiatif sebagai pelan bertindak pentadbiran negeri Melaka.

“Bagi tiga teras utama ia ialah Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil.

“Antara inisiatif di bawah tiga teras ini ialah Dana Khas COVID-19, Dana Ihsan COVID-19 dan meneruskan Kad Melaka Sihat selain Skim Harapan Rakyat Melaka dan Dana Ehsan Banjir,” katanya pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan  di sini hari ini.

Turut hadir  Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi PH yang juga Presiden Parti Amanah Negara Mohd Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

— BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close