Governans

MOF, Industri Logistik Bincang Subsidi Bersasar Diesel

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat lalu.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), perbincangan itu bertujuan mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik bagi cadangan program berkenaan.

“Perbincangan ini bagi mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik mengenai skop dan syarat bagi cadangan program ini, terutama bagi mendengar isu yang dihadapi serta langkah penambahbaikan,” menurut MOF dalam catatan di laman sosial rasmi Kementerian Kewangan.

MOF menjelaskan, seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi bagi mengelak ketirisan dan penyeludupan yang berterusan.

Menurut MOF, kerajaan akan dapat menyalurkan hasil negara kepada rakyat yang benar-benar memerlukan antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan bantuan lain dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close