Kedai Runcit

Mr DIY Hidupkan Semula Rancangan IPO Di Bursa Malaysia

Mr DIY Group sedang menghidupkan semula pelan tawaran awam permulaan (IPO) selepas menangguhkannya pada Mac lalu apabila pandemik COVID-19 bertambah buruk, demikian menurut sumber.

Peruncit barangan rumah terbesar di Malaysia itu menyasarkan untuk memulakan semula pemasaran bagi menarik minat pelabur bulan depan, kata sumber.

Jualan Mr DIY meningkat ke paras rekod pada Mei dan Jun, selepas kerajaan melonggarkan sebahagian sekatan bagi membendung COVID-19 bagi menjana semula ekonomi.

Jualan saham oleh syarikat itu, yang akan disokong firma ekuiti swasta, Creador, akan menjadi IPO terbesar di Malaysia sejak Lotte Chemical Titan Holding Bhd yang memperoleh AS$849 juta (RM3.56 bilion) pada 2017, demikian menurut perangkaan yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

Potensi urus niaga itu akan merangsang pasaran saham Malaysia, yang hanya mencatatkan nilai IPO AS$70.7 juta setakat tahun ini, kadar paling perlahan dalam tempoh lebih sedekad.

Walaupun berlaku kemelut politik dalam negara, indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semula hampir 30 peratus daripada paras rendah pada Mac.

Rancangan itu masih berterusan dan tidak pasti sama ada syarikat akan meneruskannya, kata sumber.

Wakil Creador dan Mr DIY enggan memberikan komen.

Mr DIY membuka kedai pertamanya di Malaysia pada 2005 dan kini mengendalikan lebih 622 gerai di seluruh negara, demikian mengikut laman webnya.

Syarikat itu menjual lebih 14,000 jenis kategori produk termasuk perabot, aksesori komputer, perkakasan dan mainan.

Tesco Plc dan Aeon Co adalah antara rakan perniagaannya, demikian mengikut laman web itu. -BLOOMBERG

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close