Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen menghentikan tindakan bermain politik atas setiap isu.
Baginda bertitah, Parlimen adalah dewan perhimpunan paling utama yang menjadi gelanggang pertemuan suara rakyat, tempat undang-undang digubal dan menjadi medan semak serta imbang atas pentadbiran negara.
“Ahli Yang Berhormat hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya ejen perpecahan rakyat.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim memuji sikap Ahli Parlimen yang dilihat sudah banyak berubah dan lebih sopan dalam menyampaikan perbahasan pada persidangan Parlimen tahun lalu.
“Tidak perlu saya senaraikan perangai buruk itu kerana saya percaya setiap Ahli Parlimen sedar dan tahu bagaimana untuk menjaga tingkah laku masing-masing.
“Saya juga menghargai peranan yang dimainkan semua pemimpin dalam mengekalkan kestabilan politik kerana ia menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan sosial negara,” titah baginda. – BH ONLINE/BERNAMA/BACALAHMALAYSIA.MY
