GovernansPilihan Editor

PARLIMEN: Malaysia Promosikan MSPO Atasi Halangan Pasaran Minyak Sawit EU – Johari Ghani

Malaysia terus berunding dengan Kesatuan Eropah (EU) supaya Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diterima rantau itu sebagai proses dalam pengauditan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, usaha itu akan membolehkan EU mengiktiraf MSPO sekali gus membolehkan semua produk kelapa sawit Malaysia dieksport ke negara Eropah.

Katanya, Malaysia juga sedang berunding dengan EU membincangkan empat syarat baharu yang ditetapkan kesatuan itu bagi pengeksportan produk kelapa sawit Malaysia ke pasaran Eropah.

“EU sedang berbincang dengan kita berhubung EUDR itu membabitkan empat perkara yang menjadi syarat baru pengeksportan kelapa sawit, yang mana pertama mereka menetapkan syarat penanaman kelapa sawit tidak boleh (membabitkan) nyah hutan.

“Keduanya, EU menetapkan syarat perlu ada sistem pengesanan dalam proses pengeluaran minyak kelapa sawit iaitu ladang mana, kilang mana dan kilang penapisan yang mana produk itu dikeluarkan.

Beliau menjawab soalan tambahan Teresa Kok (PH-Seputeh) yang ingin mengetahui usaha terkini kerajaan menangani isu boikot produk kelapa sawit oleh EU.

Menjawab soalan asal Kok mengenai keputusan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap kes diskriminasi EU terhadap minyak sawit masih membenarkan EU untuk melaksanakan Delegated Act yang mengharamkan minyak sawit sebagai Biofuel menjelang 2030.

Katanya berdasarkan kepada Delegated Act di bawah Arahan EU Renewable Energy Directive II (EU RED II), minyak sawit dikategorikan sebagai mempunyai kadar perubahan kegunaan tanah secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi.

Katanya, pengimportan minyak sawit sebagai sumber bahan api bio oleh EU akan dilarang sepenuhnya menjelang 2030 sekiranya masih dikategorikan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi.

Namun, katanya larangan itu dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan, kebolehpercayaan saintifik dan terdapat banyak andaian yang dibuat memberikan gambaran yang tidak tepat terhadap amalan kemampanan yang dipraktikkan dalam industri bahan api bio negara.

“Selain itu, ia juga dilihat berat sebelah dan akan mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya serta bertentangan dengan amalan perdagangan bebas kerana melanggari prinsip-prinsip WTO iaitu Sekatan Teknikal Perdagangan (TBT) dan Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan 1994 (GATT),” katanya.

Beliau menjelaskan Indonesia dan Malaysia memfailkan aduan ke WTO ke atas tindakan diskriminasi EU masing-masing pada 9 Disember 2019 dan 15 Januari 2021.

“Pada pendapat saya, Malaysia tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian. Hal ini kerana Delegated Act di bawah RED II menyasarkan bahan api bio yang berasaskan minyak sawit dan tidak menyentuh isu kemampanan berkaitan minyak sawit secara umum.

“Indonesia adalah antara pengeluar bahan api bio utama dunia iaitu PME (Palm Methyl Esters – PME) menjadi input adunan bahan api bio utama di Indonesia dan Malaysia.

“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Oil World, pada 2023, dianggarkan 25.2 peratus (12.2 juta tan) daripada pengeluaran Minyak Sawit Mentah (CPO) Indonesia (48.4 juta tan) diproses untuk menghasilkan PME,” katanya.

Bagi masa sama, katanya, Malaysia hanya hasilkan 7.7 peratus (1.4 juta tan) daripada pengeluaran CPO Malaysia menghasilkan PME. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close