Peserta himpunan mula berkumpul berhampiran Plaza Tugu Negara di sini, seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke bangunan Parlimen kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi kira-kira 100 anggota polis yang melakukan kawalan.

Mereka dijangka menyuarakan beberapa tuntutan bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi yang dijanjikan.
Selain itu berkenaan had penggal untuk Perdana Menteri dan mengenai Akta Hasutan 1948 serta keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah berkaitan kes rasuah membabitkan beberapa individu dan ahli politik. – BH ONLINE