GovernansMalaysia

Belanjawan 2025 Tumpu Reformasi Fiskal, Golongan Memerlukan Terus Peroleh Manfaat Subsidi – Menteri Kewangan II

Kerajaan menerusi Belanjawan 2025 terus memberi keutamaan untuk menyalurkan subsidi kepada rakyat khususnya kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan pertolongan, pada masa sama berusaha merancakkan ekonomi serta menarik pelaburan ke dalam negara.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata dasar ditetapkan dalam Belanjawan 2025 menyentuh segenap segmen ekonomi negara, termasuk manfaatnya secara langsung kepada rakyat, agensi kerajaan serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Dasar kita letakkan dałam belanjawan tahun depan, ada banyak inisiatif untuk tarik pelaburan dan membuka enjin untuk pacu kemajuan dalam negara dengan pembabitan agensi kerajaan dan GLIC.

“Kita juga mahu meningkatkan darjat rakyat, yang mana rakyat terpelihara. Biarpun kita meneruskan reformasi fiskal, namun ini akan terus fokus penyasaran (subsidi) yang kita buat ditumpu kepada mereka yang betul-betul memerlukan pertolongan,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau berkata, biarpun agenda penyasaran subsidi diberi tumpuan, kerajaan juga perlu memikirkan agenda masa depan terutama dalam mengukuhkan pelaburan dałam negara, meningkatkan kemahiran diperlukan serta infrastruktur.

“Kalau kita lihat usaha kerajaan, dia berpaksikan kepada rakyat. Pertolongan untuk rakyat dengan meningkatkan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan menangani isu kos sara hidup, selain untuk meningkatkan pendapatan rakyat juga ditekankan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close