Duniaku Teknokrat

PROTON Lantik Naib Presiden Jualan, Pemasaran Baharu

PROTON Holdings Bhd (PROTON) melantik Roslan Abdullah sebagai Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran baharunya berkuat kuasa hari ini.

Roslan turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd (PESB), anak syarikat milik penuh PROTON yang menguruskan pengedaran kereta dan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan.

“Setelah hampir tiga dekad berkecimpung di dalam industri automotif, Roslan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas.

“Jawatan yang pernah dipegang oleh beliau termasuklah di bahagian kewangan, operasi dan jualan,” kata PROTON dalam satu kenyataan.

Roslan, seorang pemegang Ijazah Kewangan dan Perakaunan dari University of Brighton, United Kingdom (UK) sebelum ini pernah menjawat beberapa jawatan di beberapa syarikat automotif.

Beliau juga pernah memantau operasi di DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd (DEFTECH).

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata pelantikan itu akan mengukuhkan lagi kedudukan PROTON bagi mencapai matlamat dan objektif jangka panjang.

“Syarikat mengalu-alukan penyertaan Roslan menjadi sebahagian daripada PROTON dan kami mengharapkan agar beliau dapat membantu meningkatkan prestasi PROTON pada waktu yang mencabar ini,” katanya. – BERITA HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close