Sime Darby Bhd mengumumkan pelantikan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Samsudin Osman sebagai Pemangku Pengerusi Interimnya berkuatkuasa esok.
Beliau akan menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang meletakkan jawatan susulan pelantikannya sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd dan CIMB Bank Bhd.
mengucapkan jutaan terima kasih dan pemghargaan kepada Abdul Rahman di atas kepemimpinan dan bimbingan beliau semasa berkhidmat dengan kumpulan.
“Kami mendoakan yang terbaik untuknya pada masa depan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Samsudin kerana bersetuju untuk menerima peranan Pemangku Pengerusi Interim sehingga pengerusi baharu dilantik,” kata CEO Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson dalam satu kenyataan, hari ini
Samsudin, 73, berkhidmat dengan kumpulan sebagai ahli Lembaga Pengarah sejak 19 Disember 2008.
Beliau sebelum itu adalah Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari Februari 2007 hingga Mac 2020, dan sebelumnya adalah Ketua Setiausaha Negara.