MalaysiaPilihan Editor

Wanita BN Pulau Pinang Desak Kementerian Pendidikan Tubuh Jawatankuasa Bertindak Perundingan Gubal Strategi Sistem Pendidikan Pasca Covid -19

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak Kementerian Pendidikan agar menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Perundingan terdiri daripada wakil tenaga pengajar semua aliran sekolah dan pakar-pakar pendidikan bagi mengubal satu rancangan dan strategi jangkamasa panjang pasca Covid 19.

Ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim menegaskan rancangan dan strategi-strategi ini harus menyelesaikan jurang perbezaan dan mereka bentuk satu strategi jangka masa panjang bagi memastikan kualiti pendidikan negara tidak dikompromikan oleh impak pandemik ini.

Menurutnya lagi, beliau bimbang akan impak ke atas sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah susulan daripada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sedang berlarutan sekarang.

“Saya percaya situasi ini telah melebarkan jurang perbezaan antara pelajar daripada golongan yang berada dan kurang berada serta antara pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berkata, kaedah PdPR untuk sekolah rendah dan menengah adalah baharu dalam sistem pendidikan negara.

“Ia dilaksanakan tanpa sebarang perancangan yang teratur akibat daripada pandemik sejak tahun lepas.

“Guru-guru tidak dilatih untuk mengendalikan pengajaran secara atas talian.

“Pelajar-pelajar juga tidak dapat ditaksirkan melalui pembelajaran atas talian,” ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, Norliza berkata, keberkesanan PdPR mesti dinilai dengan segera bagi menepis sebarang penurunan secara mendadak kualiti sistem pendidikan negara.

“Proses pembelajaran murid-murid Tahun Satu dan Tahun Dua di peringkat sekolah rendah dipercayai terjejas teruk dalam tempoh pandemik ini,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close