Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, sebarang usaha untuk mengadakan sistem pendidikan baharu mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.
Baginda bertitah, bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaaan.
“Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.
“Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah, sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa depan negara.





