Tatkala seluruh negara bersedia meraikan empat dekad kecemerlangan muzik tempatan, Volvo Car Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama bersama TV3 untuk edisi ke-40 Anugerah Juara Lagu (AJL) – acara anugerah hiburan paling berprestij di Malaysia.

Hadir sebagai rakan pengangkutan rasmi atau ‘Rakan Selamat’, Volvo membawakan signatur ketenangan fikiran dan falsafah keselamatannya ke pentas muzik terbesar negara.
Awal Januari lalu, Volvo Car Malaysia telah melancarkan kempen bertema Selamat untuk mengubah persepsi keselamatan jalan raya daripada sekadar undang-undang kepada satu budaya bersama.
Kempen ini mengingatkan kita bahawa Selamat bukan hanya keadaan ketika semuanya berjalan lancar, tetapi juga perlindungan apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan. Kerjasama bersejarah bersama AJL40 ini membuka ruang bermakna untuk Volvo mendekatkan visi kemanusiaan ini ke hati seluruh rakyat Malaysia.
Khas untuk edisi ke-40 ini, konsep Selamat melangkaui sekadar logistik pengangkutan biasa; ia meletakkan kesejahteraan emosi artis sebagai keutamaan.
Ruang kabin Volvo yang mewah dan mendamaikan bakal menjadi persekitaran paling sempurna buat para finalis.
Di sinilah ruang untuk mereka mencari fokus dan ketenangan sebelum melangkah ke karpet merah yang pastinya penuh dengan debaran.
Patricia Yaw, Pengarah Jualan dan Pemasaran Volvo Car Malaysia berkongsi: “Di Volvo, falsafah Selamat kami bermaksud melindungi apa yang paling berharga, dan ini termasuklah menyediakan ruang yang menenangkan minda. AJL ialah acara kemuncak industri muzik kita.
“Melalui peranan sebagai ‘Rakan Selamat’, kami mahu menghadiahkan bakat-bakat terbaik Malaysia ini satu momen keyakinan yang tenang dan bersahaja di dalam kenderaan kami.
“Kami mahu mereka tiba pada detik bersejarah ini dengan perasaan lapang dada dan bersedia untuk memukau penonton. Pada masa sama, kolaborasi ini memberi peluang kepada kami untuk mengalu-alukan lebih ramai keluarga merasai sendiri kemewahan dan keselamatan tanpa kompromi yang menjadi identiti Volvo.”
Sinergi antara dua jenama hebat ini hadir tepat pada tahun bersejarah buat industri hiburan tanah air.
Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios menzahirkan rasa terujanya: “Kami amat berterima kasih atas kesudian Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan kami untuk AJL40.
“Tahun ini cukup istimewa kerana kita meraikan ulang tahun ke-40 Anugerah Juara Lagu – empat dekad mengangkat karya muzik terbaik Malaysia. Kehadiran jenama yang dihormati secara global seperti Volvo, yang sentiasa memperjuangkan nilai keselamatan dan kekeluargaan, sangat sejajar dengan visi kami, sekali gus menyuntik nilai yang sangat besar pada sambutan bersejarah ini.”
Perjalanan Selamat ini sebenarnya sudah pun bermula apabila Volvo dengan bangganya telah menaja pergerakan artis sepanjang siri jelajah promosi AJL40 di seluruh negara sekitar Julai dan Ogos lalu.

Menjelang malam kemuncak, barisan kenderaan elektrik premium Volvo – termasuk sedan flagship terbaharu ES90, SUV kegemaran ramai XC90 dan XC60, serta model elektrik sepenuhnya EC40 dan EX30– bakal mengiringi barisan hebat 10 finalis utama AJL tahun ini.
Ini bagi menjamin ketibaan mereka kelak diserikan dengan kemewahan dan keanggunan mutlak gaya Scandinavia.
Selain keselamatan fizikal di jalan raya, Volvo Car Malaysia turut memperluas komitmen keselamatan melalui Selamat Calculator.
Di satu ruang interaktif khas di karpet merah AJL40, para tetamu dan peminat berpeluang mencuba Selamat Calculator terbaharu yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Mr Money TV.
Berbeza dengan gaya pameran kereta tradisional, platform digital pintar ini mendidik pengguna membuat pilihan yang lebih sedar dan bijak. Ia menterjemahkan impak kehidupan di sebalik isu keselamatan kepada sesuatu yang nyata, supaya kita boleh membuat perancangan masa depan dengan lebih jelas.
Pengalaman karpet merah yang interaktif ini pastinya bakal menghangatkan lagi suasana sebelum pentas akhir bermula secara langsung pada 15 Ogos 2026 di Unifi Arena.

Tatkala bintang-bintang terbesar negara melangkah keluar dari kenderaan Selamat masing-masing, hanya satu persoalan yang bermain di fikiran: siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara AJL 40?
Untuk perkembangan terkini mengenai perjalanan Volvo Car Malaysia bersama AJL40, ikuti kami di Facebook melalui bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG. Alami sendiri Selamat Calculator di https://volvocarmalaysia.com/selamat. – BACALAHMALAYSIA.MY




