Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
“Saya berpendirian teguh bahawa nasib dan masa depan rakyat perlu terus dibela,” tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.
Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, pemulihan ekonomi negara perlu difokuskan.
“Jaminan dan keprihatinan terhadap rakyat harus diterjemahkan oleh kerajaan sekarang,” katanya lagi
Jelasnya yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, sifar politiking pada waktu susah payah dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.
“Rakyat dan pemain industri dalam kepelbagaian sektor ekonomi pastinya ternanti-nanti formula ekonomi yang lebih terarah membantu mengurangkan bebanan rakyat,” ujar Norliza.
Beliau juga menekankan bahawa UMNO hanya mahu menjaga dan memperjuangkan masa depan rakyat kerana kesejahteraan kehidupan rakyat masa kini adalah buat negara masa depan.
Tegasnya, pembentangan Belanjawan 2021 suatu yang luar biasa kali ini dan sangat dinanti-nantikan.
“Malahan rakyat ingin tahu bentuk jaminan keselamatan kesihatan.
“Apa harapan rakyat yang sebenarnya?,” menurut Norliza yang mengharapkan Belanjawan 2021 dapat menghidangkan formula terbaik untuk membela rakyat dan memulihkan ekonomi negara secara efektif dan efisien.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini. – BACALAHMALAYSIA.MY