Satu jenama pakaian terkenal Australia didenda kerana mendakwa ‘legging’ dan baju dihasilkan memiliki kesan anti virus yang mampu melindungi pemakai daripada ancaman COVID-19.
Menurut Pengurusan Amalan Baik Terapeutik, Lorna Jane didenda hampir AU$40,000 (RM119,350) berhubung dakwaan pakaian anti virus mereka mampu melindungi pemakai daripada serangan penyakit berjangkit, sekali gus berkesan mencegah COVID-19.
Laman web itu menyenaraikan COVID-19 bersama sejenis cecair bukan toksik, yang didakwa mewujudkan perlindungan bebas kimia untuk melindungi diri daripada serangan penyakit berjangkit.
Firma berkenaan sejak itu melabel pakaian mereka sebagai anti virus dan dalam satu kenyataan berkata, mereka tidak pernah berniat untuk mendakwa produk terbabit mampu melindungi pemakai sepenuhnya, sebaliknya membekalkan perlindungan tambahan.
“Kami tidak berniat menangguk di air keruh berhubung perkara membabitkan COVID-19,” kata kenyataan itu.
Denda berkenaan menyamai hukuman dikenakan ke atas chef selebriti Australia, Pete Evans selepas mempromosikan sejenis mesin, didakwa mampu merawat coronavirus awal tahun ini.
Kebanyakan negeri di Australia berjaya menangani ancaman COVID-19, tetapi penularan di bandar kedua terbesar negara iaitu Melbourne bakal menjejaskan usaha itu, khususnya apabila perintah berkurung sekali lagi dilaksanakan. – AFP