Dimensi Bisnes

Berjaya Corp Raih Kontrak Bangunkan Hotel Mewah Di Jepun

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) memenangi bidaan untuk bekerjasama dengan dua syarikat bagi membangunkan sebuah hotel mewah global dan kondominium di Daerah Nishi, Yokohama, Jepun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BCorp berkata, ia akan mengadakan usaha sama dengan Marubeni Corporation dan Daiwa House Industry Co Ltd untuk membangunkan hotel mewah dan kondominium, serta sebuah akuarium serta kedai runcit di tapak seluas 22,188,34 meter persegi di 3-2, 6-chrome Minato Mirai, Daerah Nishi.

Projek cadangan yang dianugerahkan pihak berkuasa bandaraya Yokohama itu dijangka akan bermula pada Oktober 2022 dan siap pada Mac 2026.

BCorp berkata, pihaknya memperolehnya secara eksklusif melalui Surat Hasrat (LOI) untuk membawa masuk jenama hotel mewah global Four Seasons Hotels and Resorts untuk menguruskan hotel berkenaan.

“Selain itu, restoran dan kedai yang akan dibuka di tepian dianggap jarang ada di bandar Yokohama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif BCorp, Tan Sri Vincent Tan, berkata syarikat menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.

“Saya yakin penjenamaan dan pengurusan Four Seasons yang berprestij bersama dengan lokasinya yang strategik di Yokohama akan memberi nilai tambah kepada projek ini,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close