Ekonomi Islam & Global

Bimbang Ekonomi Terkesan, Erdogan Batal Perintah Berkurung Di Turki

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, membatalkan perintah berkurung bagi membendung penularan COVID-19 pada hujung minggu ini berikutan bimbang ekonomi negara terjejas.

Sebelum ini, Turki menguatkuasakan perintah berkurung pada hujung minggu dan hari pelepasan am sejak April lalu.

Kementerian Dalam Negeri, dalam satu kenyataan awal hari ini, mengumumkan 15 buah bandar akan ditutup semula hujung minggu ini.

Namun, beberapa jam selepas itu, Erodgan dalam pengumuman di Twitter, membatalkan perintah berkurung itu.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas rakyat negara itu memberi maklum balas bahawa pelaksanaan peraturan terbabit akan memberi kesan negatif kepada ekonomi.

“Kita tidak sanggup melihat rakyat menderita pada saat mereka sudah mula kembali kepada rutin kehidupan harian selepas lebih dua bulan ‘berehat’, ” katanya.

Beliau bagaimanapun menggesa rakyat supaya menggunakan pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan memastikan amalan kebersihan dipatuhi.

Kebenaran operasi semula kafe, restoran dan beberapa tempat awal lain minggu ini memberi harapan buat penduduk bahawa perintah berkurung akan ditarik balik.

Turki merekodkan lebih 167,000 kes jangkitan COVID-19 termasuk 4,630 kematian, namun angka kematian harian didapati susut kepada bawah 50 mangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close