Kedai Runcit

Boikot Jejaskan Jualan McDonald’s

McDonald’s semalam melaporkan peningkatan yang sederhana dalam keuntungan suku tahunannya, susulan boikot dilancarkan berikutan konflik di Asia Barat.

Ketua Eksekutifnya, Chris Kempczinski, berkata walaupun boikot dilihat semakin pulih, namun beliau tidak dapat menjangkakan tempoh masa untuk perniagaan McDonald’s kembali kepada keadaan biasa.

“Kami tidak menjangkakan untuk melihat keadaan lebih baik hasil kesan boikot sehinggalah peperangan berakhir”, katanya kepada penganalisis melalui panggilan video.

Jualan McDonald’s mula terjejas selepas memberikan ribuan makanan percuma kepada tentera Zionis pada Oktober lalu.

Namun McDonald’s Kuwait dan McDonald’s Qatar, yang kedua-duanya dikendalikan secara berasingan daripada perniagaan Israel, menyalurkan bantuan ke Gaza.

McDonald’s melalui pemfailan sekuriti menyatakan kebanyakan restoran miliknya di Asia Barat dikendalikan di bawah perjanjian francais yang mana ibu syarikat tidak melabur sebarang modal.

Awal bulan ini, McDonald’s bersetuju membeli Alonyal yang selama lebih 30 tahun membina jenama McDonald’s kepada 225 restoran di Israel, dan menggajikan lebih daripada 5,000 pekerja.

McDonald’s menyifatkan impak boikot paling besar adalah di Asia Barat selain kesan turut dirasai di pasaran seperti Malaysia dan Indonesia dan beberapa bahagian di Perancis.

Rangkaian makanan segera yang besar itu mengalami penurunan dalam jualan susulan banyak pasaran baharu muncul.

Menurut McDonald’s, kesan berterusan akibat perang di Asia Barat mengimbangi perniagaan yang dilihat positif di Jepun, Amerika Latin dan Eropah.

Secara keseluruhan, keuntungan pada suku pertama meningkat tujuh peratus kepada AS$1.9 bilion (RM 9.05 bilion), menyaksikan pendapatan keseluruhan McDonald’s ialah AS$6.2 billion (RM29.5 bilion).

Rangkaian restoran makanan segera itu merekodkan jualan lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS) yang didorong hasil kenaikan harga dan di bahagian Pasaran Operasi Antarabangsa, keuntungan di Britain dan Jerman mengimbangi jualan negatif di Perancis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan McDonald’s, Ian Borden, berkata jualan di AS dan di banyak pasaran besar lain pada 2024 mungkin terendah dalam sejarah perniagaannya kerana kesan kumulatif inflasi terhadap pelanggan.

“Harga mampu milik jelas adalah bahagian di mana jangkaan pengguna boleh dipertingkatkan,” katanya.

Saham McDonald’s merosot 0.1 peratus dalam dagangan tengah hari. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close