MalaysiaPilihan Editor

Kanak-kanak Berusia 6 Tahun Tanam Sayur

Muhammad Afiq Aryan bangga kangkung ditanam dapat digunakan sendiri dan diberi kepada jiran.  - NSTP/Rosman Shamsudin
Muhammad Afiq Aryan bangga kangkung ditanam dapat digunakan sendiri dan diberi kepada jiran. – NSTP/Rosman Shamsudin

Minat menanam sayur dilakukan kanak-kanak, Muhammad Afiq Aryan Rosman, 6, agak jarang dipraktikkan golongan seusianya dalam usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga.

Murid prasekolah itu menanam sayur kangkung di halaman dan belakang rumah.

Anak sulung daripada dua beradik mula menanam sayur sejak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sayur kangkung yang ditanam bukan sahaja dinikmati oleh keluarga, malah sebahagiannya disedekahkan kepada jiran.

“Kalau ayah sibuk bekerja saya sendiri yang tanam sayur. Kangkung mudah ditanam dan dijaga. Tumpuan menanam sayur dan membaja dilakukan selepas tamat kelas PdPR.

Menurutnya, sayur yang ditanam hidup segar dan menghijau membuatkan dirinya terus teruja untuk terus menanam.

 

Menanam dan membaja kangkung selepas tamat kelas PdPR.  - NSTP/Rosman Shamsudin
Menanam dan membaja kangkung selepas tamat kelas PdPR. – NSTP/Rosman Shamsudin

 

Muhammad Afiq Aryan tanam kangkung di halaman rumah. - NSTP/Rosman Shamsudin
Muhammad Afiq Aryan tanam kangkung di halaman rumah. – NSTP/Rosman Shamsudin

“Benih dibeli di nuseri berdekatan dan tanaman ini pula mudah membiak.

“Ada sikit ruangan tanah digunakan sebaiknya dan membuatkan saya juga gembira dapat penuhi masa lapang dengan melakukan kerja ini,” katanya.

Dia bercadang menanam jenis sayuran lain, pada masa depan bagi mengisi ruang tanah yang ada di sekitar rumah, selain dapat dapat memanfaatkan masa terluang dengan cara berfaedah. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close