Kedai RuncitPilihan Editor

KKM PERLU ELAK MENGHUKUM PENGGUNA VAPE MALAYSIA DENGAN PERATURAN YANG KETAT

Adrian Lo, yang merupakan seorang ahli perniagaan vape hari ini berkata, majoriti (87.9%) pengguna vape menyokong pengenalan regulasi vape yang berbeza daripada rokok konvensional.

Baru-baru ini, Adrian Lo telah menjalankan tinjauan pendapat dalam kalangan pengikut laman media sosialnya mengenai beberapa topik berkaitan regulasi vape.

Tinjauan pendapat tersebut berjaya menarik lebih daripada 1,633 responden dalam jangka masa singkat iaitu dua minggu.

Adrian Lo berkata, “Sebagai pengguna dan juga pemilik perniagaan, saya agak terkesan dengan langkah KKM untuk melabel tembakau dan vape sebagai produk yang sama dan mengawal kedua-dua produk dengan cara yang sama.

“Peraturan untuk produk vape mestilah berbeza daripada tembakau konvensional kerana kedua-dua produk ini tidak sama.”

“Pelbagai laporan antarabangsa telah mendapati vape kurang memudaratkan dan merupakan alternatif yang berkesan untuk berhenti merokok, manakala beberapa kajian telah mengesahkan bahawa tembakau membunuh lebih daripada 8 juta orang setiap tahun.

Oleh itu adalah salah untuk mengawal kedua-dua produk dengan cara yang sama.”

Tinjauan pendapat itu juga menyaksikan 85.5% pengguna yang ditinjau menyokong langkah Kerajaan untuk mengawal selia industri vape.

“Pengguna vape di Malaysia mengalu-alukan langkah Kerajaan untuk mengawal selia industri vape.

“Peraturan terutamanya untuk mengawal selia standard keselamatan dan kualiti untuk produk vape adalah sangat penting.”

Sebagai sebahagian daripada tinjauan, pengguna vape juga ditanya jenis peraturan yang mereka mahukan untuk industri. 3 peraturan utama yang diingini pengguna vape tempatan adalah:

  • Produk vape dilarang dijual kepada golongan bawah umur
  • Produk vape boleh dijual di semua premis dengan kawalan tertentu.
  • Produk vape boleh dijual dalam talian dengan kawalan yang tertentu.

Untuk tahap nikotin dalam cecair vape, majoriti responden (87.4%) bersetuju bahawa  satu standard kandungan nikotin diwujudkan iaitu antara 50mg-60mg, mengikut jumlah yang dicadangkan 69.3% pengguna vape yang mengikuti kaji selidik.

Pengguna vape juga menegaskan bahawa jika paras nikotin dalam cecair vape dihadkan pada tahap yang lebih rendah:

  • 40% berkata mereka akan kembali menggunakan rokok tradisional
  • 27.3% mengatakan bahawa mereka akan beralih kepada produk yang tidak terkawal
  • 17.5% akan menambah nikotin ke dalam cecair vape mereka
  • 15.1% akan berhenti menggunakan produk vape

Adrian Lo menambah bahawa semua hasil daripada tinjauan itu adalah konsisten dengan pengalamannya selama berada dalam industri.

“Sebagai contoh, kita tahu bahawa secara purata, pengguna membeli cecair vape yang mengandungi 50mg-60mg nikotin. Tinjauan menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan tahap nikotin ini dan jika undang-undang yang digubal tidak mengambil kira keperluan pengguna, maka majoriti mereka akan kembali merokok atau beralih kepada produk yang tidak terkawal.

“Ini jelas menunjukkan bahawa peraturan perlu berdasarkan keperluan pengguna, jika tidak, sebarang usaha untuk menghalalkan industri ini akan menjadi sia-sia.”

Mengulas mengenai cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengharamkan akses kepada produk vape bagi individu yang dilahirkan selepas 2005, Adrian Lo juga berkata langkah itu tidak akan berkesan.

“Mengharamkan akses kepada produk vape tidak bermakna produk ini tidak lagi tersedia kepada mereka yang lahir selepas 2005.

“Secara mudahnya, kumpulan pengguna ini akan  membeli daripada sumber yang meragukan dan paling teruk, mendapatkan produk vape yang tidak terkawal dan tidak mematuhi sebarang piawaian keselamatan.

“Lebih berbahaya, pengguna akan mengambil produk yang tidak diketahui bahannya. Ini akan mengakibatkan penguatkuasaan akan menjadi sangat mencabar.”

“Selain itu, sukar untuk menerima maksud keputusan tersebut kerana seorang yang berusia 18 tahun ke atas boleh mengundi dan memandu kenderaan namun tidak dibenarkan mengakses produk yang dianggap kurang memudaratkan berbanding rokok.”

“Jika matlamat KKM adalah untuk mewujudkan negara bebas asap rokok, maka langkah yang tepat ialah produk vape dikawal dan diiktiraf sebagai alternatif yang boleh membantu perokok berhenti.” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close