Ekonomi Islam & GlobalGovernansPilihan Editor

LAWATAN KREMLIN: Russia Lihat Wujud Prospek Usahasama Dengan Malaysia Dalam Minyak, Gas, Tenaga – Putin

Presiden Russia, Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Russia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.

Beliau berkata PETRONAS mempunyai modal ekuiti dalam Rosneft.

“Syarikat minyak dan gas Malaysia, PETRONAS memegang modal ekuiti dalam Rosneft, dan PETRONAS juga mempunyai perkongsian dengannya dan sedang membangunkan hubungan itu, serta dengan Gazprom,” kata beliau pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Moscow, Russia hari ini.

Rosneft ialah syarikat tenaga bersepadu Russia yang beribu pejabat di Moscow, manakala Gazprom pula syarikat tenaga multinasional majoriti milik Russia yang beribu pejabat di Lakhta Center di Saint Petersburg.

Putin berkata Moscow membekalkan sejumlah besar produk minyak dan arang batu ke pasaran Malaysia.

Putin berkata Moscow juga meningkatkan bekalan produk pertanian dari Russia ke Malaysia seperti bijirin.

“Kita juga akan meningkatkan eksport produk daging dan tenusu berkualiti tinggi ke Malaysia mengikut piawaian Halal Islam,” kata beliau.

Pada 2024, Russia ialah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dengan jumlah dagangan mencecah RM11.46 bilion (AS$2.48 bilion).

Eksport utama Malaysia ke Russia termasuk produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan alat ganti, serta makanan yang diproses.

Import dari Russia terutama terdiri daripada produk petroleum, mineral serta kimia dan produk berasaskan kimia. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close