Dimensi BisnesPilihan Editor

Nizam Jakel Jual Semua Kepentingan ARSB, RM54.71 juta

Syarikat perladangan, Harn Len Corporation Bhd menandatangani perjanjian jual saham bersyarat (CSSA) dengan Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel daripada Jakel Group untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Almal Resources Sdn Bhd (ARSB) pada RM54.71 juta.

Ketua Pegawai Operasi Harn Len, Kelvin Low Yew Yern berkata RM21.9 juta, mewakili 40 peratus daripada harga belian, akan dibiayai menerusi terbitan dan pengumpukan 31.3 juta saham biasa baharu Harn Len pada harga terbitan RM0.70 sesaham manakala baki 60 peratus daripada jumlah itu akan dibayar secara tunai.

Beliau berkata apabila pembelian itu selesai, Mohamed Nizam, yang juga Ketua Pegawai Operasi Jakel Group, akan menjadi antara pemegang saham utama Harn Len dengan memegang 5.5 peratus saham.

“Tujuan pembelian ini adalah suntikan kepada perladangan sawit yang memberikan kami peluang mempelbagaikan perniagaan perladangan daripada sawit kepada tanaman lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian itu di sini, pada Khamis.

Jakel Group menjalankan perniagaan peruncitan tekstil, pembuatan dan pembangunan hartanah.

Harn Len pula terlibat terutama dalam perladangan sawit, operasi kilang minyak sawit dan pelaburan hartanah, dengan perniagaan sawit terus menjadi perniagaan utama syarikat apabila menyumbang hampir 99 peratus kepada perolehan syarikat. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close