Oleh Profesor Dr Azmi Hassan
Kesepakatan yang tercapai antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) akan memastikan sektor industri minyak dan gas negara terus kekal mampan, sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur terhadap daya saing sektor tersebut.
Saya melihat persetujuan Kerajaan Negeri Sarawak agar PETRONAS mengekalkan semua perjanjian (obligasi berkontrak) adalah langkah penting dalam memastikan kestabilan dan kelangsungan sektor minyak dan gas di negeri itu.
DGO dibaca sekali dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), maka Petros (Petroleum Sarawak Bhd) berperanan sebagai agregator di Sarawak.
Menjelaskan selanjutnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan itu tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada PETRONAS dan anak-anak syarikatnya.
Ini bermakna PETRONAS akan mengekalkan semua perjanjian (obligasi berkontrak) domestik dan antarabangsa yang sedia ada,” kata Anwar.
Di bawah ordinan itu, PETROS dijamin memperoleh gas asli sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya.
Perdana Menteri berkata PETROS juga berhak meluaskan kegiatan yang baharu dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS.
Dengan keperluan modal besar dalam industri minyak dan gas, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan sektor ini.
PETRONAS berjaya maju ke hadapan kerana mereka memperuntukkan perbelanjaan modal yang besar untuk tujuan eksplorasi dan pembangunan masa hadapan.
Jarang sekali kita lihat sebuah negara selain di Malaysia, hal minyak dan gas ini diuruskan di peringkat persekutuan kerana modal yang diperlukan adalah banyak dan juga agihan pendapatannya adalah untuk semua yang berada dalam negara tersebut.
Dalam kes Malaysia adalah untuk semua 11 negeri yang berada dalam persekutuan Malaysia.
Saya melihat Akta Petroleum 1974 sebagai satu undang-undang yang berkesan, selari dengan perundangan antarabangsa yang memastikan hak milik minyak dan gas dikawal dan memastikan negeri-negeri merasai limpahan yang sewajarnya. – BERNAMA
- Penulis ialah Geostrategis dan Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR),