Governans

PENJANA: Tepat Pada Masanya – AHMAD ZAHID

oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“People Centric” – itulah pandangan dan pengamatan teliti oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, governans dan dunia perniagaan korporat berpandangan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bersifat ‘people Centric’.

Apa yang dimaksudkan “People Centric” ?

Dalam bahasa mudahnya, ia adalah konsep yang menumpukan kepada pendekatan yang memusat atau mengutamakan rakyat apatah lagi dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar pada krisis Covid19.

Dalam hal ini mengikut catatan rasmi Facebook Zahid Hamidi ada menjelaskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mengklasifikasikan 75% tenaga kerja di Malaysia sebagai anggota kumpulan paling mudah terjejas apabila negara dilanda krisis ekonomi.

Beliau turut memetik kenyataan Azlan Awang, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berdasarkan kajian kira-kira 50% isi rumah di Malaysia masih hidup di bawah kadar upah minimum.

“Saya berpandangan PENJANA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri petang semalam bersifat ‘people Centric’.

“Apatah lagi ketika negara sedang berhadapan dengan kadar pengganguran yang dijangka meningkat kepada 5.5% sehingga akhir tahun 2020.

“Ramalan ini membawa makna seramai lebih 800 ribu rakyat Malaysia tidak mempunyai pekerjaan,” katanya dalam entri Facebooknya.

Beliau juga tertarik dengan tiga insentif yang diumumkan semalam bagi membantu rakyat, pekerjaan mereka dan majikan:

1. Perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion. Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang telah dilaksanakan selama 3 bulan telah menyelamatkan 2.2 juta pekerjaan. Program ini juga mampu menyelamatkan lebih ramai rakyat Malaysia dari hilang pekerjaan sepanjang tempoh lanjutan.

2. Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion. Lebih-lebih lagi apabila inisiatif ini mempunyai peruntukan khusus untuk kumpulan berumur 40 ke atas dan OKU.

3. Insentif peningkatan kemahiran untuk pengganggur dan kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan, dan peruntukan RM2 bilion bagi pelaksanaan kursus jangka pendek.

Ahmad Zahid berharap Kerajaan agar kekal fokus dalam melaksanakan pelan yang telah diumumkan petang semalam.

“Saya berharap agar karenah birokrasi dapat diminimakan bagi memastikan bantuan dan insentif yang diumumkan oleh kerajaan sampai dan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

“Tiada guna jika insentif bagus, tapi rakyat sukar untuk mendapatkannya.

“Semoga segala usaha murni kerajaan membantu rakyat dipermudahkan dan negara kekal sejahtera dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini,” jelas beliau lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

Image may contain: text

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close