Kedai RuncitPilihan Editor

MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY Raikan 1,000 Cawangan Di Seluruh Negara

Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y.  (M) Berhad [Kumpulan MR D.I.Y. – MR. D.I.Y. MR. DOLLAR, dan MR. TOY] kini mempunyai 1,000 cawangan di seluruh negara!

Peruncit itu meraikannya dengan menawarkan tawaran hebat buat rakyat Malaysia untuk rangkaian luas produk bagi tiga jenamanya pada ‘Always Low Prices’

Mengumumkan pencapaian yang hebat ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, “Ini merupakan hari yang amat bermakna dan membanggakan untuk MR D.I.Y.

“Cawangan pertama kami telah dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 2005, dan kami tidak pernah menyangka bahawa kami akan dapat membuka 1,000 cawangan di seluruh negara, memenuhi janji “Always Low Prices” dengan jenama – MR. D.I.Y., MR. DOLLAR and MR. TOY, kami kepada para pelanggan.

“Pencapaian ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa dedikasi 13,000 kakitangan kami di seluruh negara, hubungan yang kukuh dengan semua rakan kongsi perniagaan kami, dan sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bagi; kami berjaya kerana anda.”

Perjalanan Kumpulan MR D.I.Y. untuk menjadi ikon peruncitan di Malaysia bermula 17 tahun lalu dengan pembukaan sebuah kedai perkakas tradisional di kawasan membeli-belah yang terkenal di Kuala Lumpur.

Sejak itu, komitmen kedai tersebut untuk menyampaikan nilai dan kualiti menjadikannya pilihan yang popular dalam kalangan pelanggan, seterusnya menyumbang kepada perkembangan yang stabil dari segi jumlah cawangan dan rangkaian produk yang ditawarkannya.

Kini pada tahun 2022, peruncit tersebut menawarkan lebih daripada 18,000 jenis produk di cawangan-cawangannya dan di platform e-dagang dalam talian.

Ia juga telah memperkembangkan rangkaian jenama-jenamanya yang merangkumi MR. D.I.Y, MR. DOLLAR dan MR. TOY kesemuanya dengan matlamat untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan rakyat Malaysia dengan memastikan mereka mempunyai akses yang mudah kepada barangan keperluan harian.

Mengulas tentang perancangan masa hadapan Kumpulan MR D.I.Y., Goh berkata, “Kami tidak merancang untuk berhenti di sini.

“Bagi kami, pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berkembang dan menginovasi. Kami akan terus memenuhi keperluan pelanggan dengan membawakan pelbagai produk yang relevan dan berguna dengan nilai yang hebat, menginovasi format kedai, dan membuka cawangan di lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi.

“Kami juga komited untuk terus menggembirakan pelanggan dengan memperkenalkan pengalaman yang unik serta menawarkan pelbagai promosi dan menjalin usaha sama yang menarik.

“Akhir sekali, kami akan terus mendekati lebih ramai rakyat Malaysia; sesuai dengan perancangan kami untuk membuka 180 buah cawangan lagi pada tahun 2022.”

Selain mencatatkan pencapaian hebat dengan cawangan ke-1000, Kumpulan MR D.I.Y. juga telah meraih pelbagai pengiktirafan sepanjang perjalanannya selama 17 tahun, termasuklah disenaraikan dalam FTSE4Good Index, diiktiraf sebagai Brand of the Year di Malaysia selama empat tahun berturut-turut, Frost & Sullivan Best Practices Award 2020 & 2021Malaysia Home Improvement Retail – Company of the Year Award, Deloitte Malaysia Best Managed Companies Awards 2021 dan Putra Brand Awards 2021 dalam Kategori Runcit- Anugerah Emas.

Bersempena sambutan atas pencapaian hebat ini, peruncit  menawarkan diskaun sehingga 40 peratus ke atas lebih daripada 60 produk di MR. D.I.Y. dan tawaran hebat untuk permainan serta barangan F&B di cawangan-cawangan MR. DOLLAR dan MR. TOY dari 1 hingga 31 Ogos 2022.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memastikan rakyat Malaysia kekal selamat, MR D.I.Y juga menawarkan pelitup muka perubatan pada hanya RM8 untuk satu kotak yang mengandungi 50 keping bersempena Sambutan 1000 Cawangan , di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. DOLLAR, dan MR. TOY di seluruh negara. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close