Ekonomi Islam & Global

AS Secara Rasmi Dilanda Kemelesetan Ekonomi

Amerika Syarikat (AS) dijangka secara rasmi dilanda kemelesetan ekonomi pada Februari, ketika negara itu kini mula merasakan kesan daripada langkah pencegahan yang diambil ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan, pada Februari kemelesetan mula melanda menandakan berakhirnya pengembangan ekonomi AS yang bermula sejak Jun 2009.

Biro itu berkata, pertumbuhan ekonomi AS berlangsung selama 128 bulan, tempoh terpanjang dalam sejarah kitaran perniagaan di negara ini sejak 1854.

Terdahulu, Bank Dunia berkata semalam, ekonomi dunia diramal menyusut 5.2 peratus tahun ini, kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia II.

Ekonomi AS pula dijangka menurun 6.1 peratus pada 2020, di bawah 7.9 mata peratusan berbanding ramalan sebelum ini, tambah laporan itu. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close