GovernansPilihan Editor

MITI, MATRADE Rangka Pelan Tindakan Perdagangan Nasional 2021-2025

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini sedang membangunkan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (2021-2025) untuk meningkatkan daya saing perdagangan negara di peringkat antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, MATRADE berkata, eksport menjadi tulang belakang kepada ekonomi Malaysia dengan nilai keseluruhan berjumlah RM986.38 bilion pada 2019, menyumbang 65.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dinamik eksport telah berubah dalam tempoh 10 tahun lalu.

“Pelan tindakan ini akan menyentuh isu kekangan bekalan dan permintaan, serta jurang dan cabaran dalam persekitaran perniagaan yang merencatkan prestasi perdagangan.

“Amalan dan strategi yang baik oleh negara lain yang berdagang dan organisasi promosi perdagangan juga akan diambil kira untuk membantu merumuskan pelan tindakan praktikal dan program bagi pertumbuhan perdagangan Malaysia yang berterusan,” katanya.

MATRADE berkata, pelan tindakan itu juga akan mengenal pasti bidang pertumbuhan baharu bagi eksport Malaysia untuk terus mendorong pertumbuhan ekonomi negara.

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menyebabkan kesan yang tidak pernah berlaku kepada perdagangan global.

“Sehubungan itu, sudah tiba masanya untuk Malaysia membangunkan Pelan Pembangunan Perdagangan Nasional untuk memberi nafas baharu dan meningkatkan ekonomi Malaysia,” katanya.

Oleh itu, MATRADE meminta kerjasama daripada pengeksport dan pengeksport yang bercita-cita tinggi untuk sertai tinjauan di seluruh negara untuk membantu mengenal pasti isu dan cabaran eksport.

Maklum balas dan pandangan yang relevan akan menentukan arah perdagangan untuk lima tahun yang akan datang, katanya.-BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close