Pengarah syarikat kerugian RM1.4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud selepas ditawarkan sebagai rakan kongsi berkaitan pelaburan perdagangan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, laporan diterima daripada mangsa lelaki warga emas berusia 75 tahun Ahad lalu yang mendakwa ditipu sindiket beroperasi secara dalam talian.
Katanya, mangsa mula dihubungi seorang wanita ahli sindiket itu sejak 15 April lalu menawarkan mangsa menjadi rakan kongsi satu syarikat untuk membeli barang daripada syarikat yang berada di luar negara.
“Percaya dengan pulangan itu, pengadu memasukkan wang keseluruhannya berjumlah lebih RM1.47 juta ke dalam enam akaun bank berbeza atas nama syarikat secara pindahan dalam talian dan juga hadir ke kaunter bank,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya lagi, mangsa akhinya sedar ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan terhadap wang yang dipindahkan itu bagi tempoh bermula 17 April hingga 16 Mei 2025.
Kata Noor Hisam, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — BH Online