Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Sumber Ekonomi Rakyat Palestin Terus Terancam, Dunia Perlu Perangi Pelan Provokatif Zionis – Tegas Ahmad Zahid

oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Terus diratah dan dijajah !
Terus dijarah dan dicuri !
Keadaan itu terus berlaku dan berlaku di bumi Palestin.
Pastinya sumber ekonomi rakyat Palestin terancam, mana tidaknya Pelan Provokatif Zionis Pengilhakan 30 peratus di bumi Tebing Barat dan Lembah Jordan akan dijadikan penempatan haram pendatang Yahudi yang terbaharu.
“Tentang Pelan Provokatif Zionis ini,” tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pelan Provokatif Israel pada 1 Julai  (bermula hari ini) seolah-olah dihalalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mampu menyekat kuasa veto Amerika Syarikat bagi masyarakat dunia mengecam rejim Yahudi ini.
Tegas Ahmad Zahid, UMNO dan Malaysia akan terus memberi sokongan serta berharap masyarakat antarabangsa akan menangani isu Palestin ini dengan serius.
“PBB mesti memainkan peranan yang lebih besar dalam melindungi hak rakyat Palestin.
“Keputusan Israel untuk ambil alih secara paksa 30 peratus tanah Palestin mesti dihentikan segera.
“Ini adalah langkah yang salah oleh Tel Aviv.
“Palestin pasti tidak ada pilihan melainkan mempertahankan tanah mereka dan ini boleh menyebabkan konfrontasi yang lebih serius.
“Ianya mesti diselesaikan secara diplomatik dengan penyertaan kuasa-kuasa besar,” kata Ahmad Zahid ketika menjadi peserta persidangan online (dalam talian) antarabangsa mengenai isu Palestin bersama pemimpin-pemimpin kerajaan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dunia, malam kelmarin.
 
Sebelum itu, Ahmad Zahid menerima surat khas daripada bekas Perdana Menteri Palestin yang juga pemimpin Hamas utama, Ismail Haniyeh, mengenai isu terbaharu babitkan penduduk Palestin.
Surat itu disampaikan Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran, bagi pihak Haniyeh.
Mesej surat Ismail Haniyeh menyatakan Kerajaan Zionis sekali lagi terus melakukan kezaliman melalui pelan pengilhakan 30 peratus bumi Tebing Barat dan Lembah Jordan yang ditukar menjadi penempatan haram pendatang Yahudi.
Sekali lagi tanah milik ummah akan dijarah dan dicuri serta diiktiraf sebagai milik kuasa penjajah.
Tanah berkenaan adalah kawasan penting sumber pertanian dan air bagi penduduk Palestin.
Jika dirampas Israel, rakyat Palestin akan lebih terancam dengan kehilangan sumber makanan dan air. Israel sengaja memilih kawasan ini bagi melakukan penghapusan etnik Arab-Palestin.
Hamas ingin memberi penekanan pada hal-hal pencabulan keji hak asasi manusia ke atas Palestin. Rancangan ini seolah-olah memberi ‘lesen’ kepada Tel Aviv untuk meneruskan kekejamannya dengan sokongan Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.
Pelan provokatif Israel pada 1 Julai ini seolah-olah dihalalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mampu menyekat kuasa veto Amerika bagi masyarakat dunia mengecam rejim Yahudi ini.
Pemimpin Hamas itu mahu semua kerajaan Islam, parti politik dan organisasi di seluruh dunia sepakat memperjuangkan hak rakyat Palestin menerusi pelbagai pendekatan termasuk persidangan dan pelan khas.
Surat yang menekankan tujuh perkara itu menyatakan Ismail mahu semua parti dan organisasi politik Arab dan Islam menolak serta menyekat aktiviti normalisasi hubungan Israel dengan mereka berikutan pelan penjajahan Kerajaan Zionis itu. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close