Duniaku Teknokrat

TNB Umum Bayaran Dividen Tertinggi

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan bayaran dividen tertinggi berjumlah RM5.69 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 (FY2019).

Lembaga Pengarah TNB juga telah meluluskan dividen peringkat tunggal akhir 20 sen sesaham, sekali gus menjadikan jumlah dividen peringkat tunggal itu kepada 50 sen sesaham bagi tempoh kewangan tersebut.

Selain itu, Lembaga Pengarah TNB turut meluluskan dividen khas 50 sen sesaham yang menjadikan jumlah dividen sesaham kepada RM1.

“Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut kita dapat memberi dividen pada akhir polisi dividen sebanyak 30 peratus dan 60 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI),” kata Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan TNB yang buat pertama kalinya diadakan secara maya.

Setakat Mei 2020, barisan pemegang saham utama TNB termasuk Khazanah Nasional Bhd (25.8 peratus); Permodalan Nasional Bhd (18.1 peratus); Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (16.7 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan (6.7 peratus).

“TNB akan terus mengimbangi komitmennya bagi mengembangkan perniagaan demi meraih pulangan saksama untuk pemegang saham selain tanggungjawabnya terhadap pelanggan dalam tempoh semasa yang mencabar ini.

“Kita juga akan terus bekerjasama erat dengan kerajaan untuk menyokong rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang diperkenalkan di bawah pakej PRIHATIN dan Bantuan PRIHATIN Elektrik,” katanya.– BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close