Dimensi Bisnes

BACALAH AUTO: Jualan EV Global Melonjak Bulan Lalu, China Penyumbang Terbesar

Jualan global kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya dan hibrid plug-in meningkat sebanyak 21 peratus tahun ke tahun pada Julai, hasil daripada pertumbuhan paling kukuh China tahun ini walaupun permintaan menurun di Eropah, kata firma penyelidikan pasaran, Rho Motion.

Di Kesatuan Eropah (EU), MG Motor, yang dimiliki oleh SAIC Motor Corp China, menjangkakan kesan paling buruk oleh tarif sementara yang dikenakan ke atas EV diimport dari China, pengurus data Rho Motion, Charles Lester memberitahu Reuters.

Impak tarif itu sepatutnya lebih kecil pada Tesla, yang boleh mengeluarkan kereta di kilangnya di Berlin, dan gergasi EV China, BYD yang kehadirannya di Eropah masih kecil, kata Lester.

EV, sama ada elektrik sepenuhnya (BEV) atau hibrid plug-in (PHEV) dijual 1.35 juta unit di seluruh dunia pada Julai, di mana 880,000 juta adalah di China, meningkat 31 peratus tahun ke tahun, menurut data.

BYD, pembuat EV terbesar di China dan dunia, melaporkan dalam tempoh yang sama peningkatan masing-masing sebanyak 13 peratus dan 44 peratus dalam jualan BEV dan PHEV global.

Dalam tempoh tujuh bulan sehingga Julai, jualan turun sebanyak 12 peratus di Jerman, pasaran EV terbesar EU.

Di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, jualan EV meningkat 7.1 peratus pada bulan Julai.

“BYD sekali lagi terus mencatatkan rekod jualan hibrid plug-in pada bulan itu, yang merupakan penyumbang utama kerana mereka mempunyai jumlah besar kenderaan yang dijual,” kata Lester.  – REUTERS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close