oleh Lidah Pengarang BacalahMalaysia
RIUH rendah juga pengguna sebaik melihat bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada waktu-waktu Covid19 ini.
Melambung mencanak-canak ! Ramai yang tidak puas hati kerana bil melambung naik.
Ramai yang kecewa apatah lagi ramai juga dalam kalangan pengguna TNB yang terjejas periuk nasi mereka termasuklah mereka yang hilang punca pendapatan.
Bagaimana nak membayarnya apatah lagi bil utiliti melambung naik. Mana hendak dikorek duitnya itu?
Lidah Pengarang merasai akan keluh kesah dan nadi denyut pengguna kerana mereka sangat kisahkan kehidupan mereka. Jangan juga salahkah syarikat utiliti TNB kerana mereka juga penyedia perkhidmatan sebaik habis kepada pelanggan mereka.
Di waktu susah payah dalam Covid19 ini, mesti cari titik perbincangan dan rundingan.
Lidah Pengarang percaya setiap masalah itu, ada solusinya dan ada jalan terbaiknya. Bak kata arwah BJ Habibie, mana mungkin tidak ada jalan solusinya kalau kita tidak memahami setiap permasalahan yang bangkit !
Bak kata Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelarasan bil TNB menggunakan kaedah prorata memastikan pengguna tidak akan terlebih caj.
Lidah Pengarang difahamkan kaedah itu juga telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik setiap bulan.
Tambah lagi, bil sebenar yang diberikan akan dibahagi sama rata untuk jumlah bulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Maka penggunaan bulanan itu adalah angka yang didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan.
Secara akal logiknya, pengguna juga perlu memahami bahawa isi rumah kita kan berkurung lama dalam rumah sepanjang tempoh PKP ini.
Sudah tentu isi rumah masing-masing menggunakan banyak elektrik seperti hari kebiasaan lain malah Lidah Pengarang juga dimaklumkan kekawan di TNB bahawa kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman telah meningkat antara 20 hingga 50 peratus.
Kan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata ‘Stay At Home’.
Jadi ramailah yang memasak, melayari komputer dan internet, menonton televisyen dan mendengar radio, tatkala waktu panas memasang kipas atau penyaman udara dengan lebih kerap.
Tiada caj berlebihan dikenakan Tenaga Nasional Berhad, TNB kepada pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.
Turut diberikan jaminan dan disahkan tiada lebihan caj dikenakan adalah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah sendiri yang menegaskan, kaedah pengiraan bil turut disemak dan dipersetujui Suruhanjaya Tenaga.
Jelasnya, sekiranya terdapat lebihan bayaran, pihak TNB akan memulangkan atau dikredit kepada akaun pengguna.
Bukankah TNB dah maklum bagi diskaun untuk meringankan beban rakyat Malaysia ketika tempoh PKP di mana kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion pada 27 Mac lalu.
Sehingga hari ini, satu persatu inisiatif telah dilaksanakan termasuklah pemberian diskaun penggunaan elektrik yang memperuntukkan diskaun berjumlah RM1,024.7 juta hasil kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Banyak tu peruntukan yang disediakan maka diskaun itu sedang dinikmati dan memberi manfaat kepada hampir tujuh juta rakyat Malaysia berpendapatan rendah ini diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik berdaftar TNB dan boleh dinikmati bermula April sehingga September depan mengikut jumlah penggunaan bulanan:-
- Tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus.
- 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.
- 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh akan menerima diskaun 15 peratus.
Ok, Lidah Pengarang pohon pengguna rujuk https://www.tnb.com.my/faq/bm-pengebilan/
Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter. Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, TNB akan menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.
Sebagai contoh:
Tempoh pembilan = 45 hari
Faktor prorata dikira: 45/30 = 1.5
Jumlah unit digunakan: 452 kWh
Kiraan mengikut kaedah prorata:
Blok Tarif (Sebulan) | Unit dicaj mengikut kaedah prorata (kWh) | Kadar (RM) | Amaun dicaj mengikut kaedah prorata (RM) |
---|---|---|---|
200 kWh | 200 x 1.5 = 300 | 0.218 | 65.40 |
100 kWh | 100 x 1.5 = 150 | 0.334 | 50.10 |
300 kWh | 452 – 300 – 150 = 2 | 0.516 | 1.03 |
Jumlah | 452 | 116.53 |
Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, pengguna dapat menikmati 300 unit pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.
Lidah Pengarang harap pengguna bijak berfikir